//Pink Is Sweet
why i wanna be engginear??
Wednesday, 24 April 2013 | 21:44




i don't know why...but i really love this subject..many people ask me whether I am really interested in engineering ..whereas I am a girl .. and not suitable in engineering..and so many question that i can't answer..

i thing i have ten great reason why i love enggineering subject.
  • i wanna love my work
  • i wanna be creative, 
  • i wanna work with the great people,
  • solve problems and desingn things that matter
  • never be bored,
  • make a big sallary,
  • enjoy job flexibility,
  • travel,
  • make a differences
  • change the world
So, kesimpulanya semua bidang sama je..tiada perbezaan if we work hard we will find a success..there is no effort without success rite??
and of course I want to make mom and dad happy with my success.saya nk balas jasa mereka.
without them who I was..love you mum and dad...muah muah muah <3





3 sweet stalker comment
Andai Rasulullah SAW Datang Ke Rumah Kita
| 17:35





Ya Rasulullah, rinduku kian membara

Assalamualaikum..



Seandainya Rasulullah SAW mengetuk pintu rumah kita. 
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah, tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita..
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih
dimuka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita
lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk
baginda erat-erat, dan lantas
mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita..
Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita..
 Baginda tentu tersenyum..


Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW
menunggu sebentar di depan pintu kerana kita
teringat video CD Rated 18xxx yang ada di
ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan
dahulu CD tersebut ke dalam..
Baginda tentu tetap tersenyum..



Atau barangkali, kita teringat akan lukisan
wanita separuh telanjang yang kita gantung
diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga
memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada diruang samping dan
meletakkannya di ruang tamu.. 

Baginda tentu tersenyum..


Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap
dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih
hafal lagu-lagu barat daripada
menghafal selawat kepada Nabi.. Barangkali kita
menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui
sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana
kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita..
Baginda tentu tersenyum..



Barangkali kita jadi
malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui
satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan
sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai
anggota Power Rangers atau Penyu Ninja.. 

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar
mandi menjadi ruang solat.. Barangkali kita
teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak
memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk
berhadapan dengan Rasulullah SAW.. 

Baginda tentu tersenyum..


Belum lagi koleksi buku-buku kita
dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD
kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi
karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita
harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi
menghormati junjungan kita? Barangkali kita
menjadi malu diketahui junjungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan
berbunyi.. 

Baginda tentu tersenyum..


Barangkali kita menjadi malu kerana
pada saat azan Maghrib, keluarga
kita malah sibuk di depan TV.. Barangkali kita
menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir
seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan
duniawi.. Barangkali kita menjadi malu kerana
keluarga kita tidak pernah
menjalankan solat sunat.. Barangkali kita menjadi
malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-
Quran.. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita
 tidak mengenal tetangga-tetangga kita..
Baginda tentu tersenyum..


 Barangkali kita
menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan
kepada kita siapa nama tukang
sampah yang setiap hari lewat di depan rumah
kita.. Barangkali kita menjadi malu jika
Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat
tukang penjaga masjid di tempat kita.. 

Betapa senyum baginda masih ada di situ..


 Bayangkan,
apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di
depan rumah kita.. Apa yang akan kita lakukan?
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan
mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah
kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan
menolak Baginda berkunjung ke
rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita
kalut dan malu?



Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah Baginda tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini
di mata Rasulullah.....
Sampaikanlah kepada teman-teman, moga kita dapat
hayati dan renunginya bersama...





0 sweet stalker comment
Air tangan orang yang tidak solat
| 17:32



Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

p/s : Ambillah pengajaran dari kisah ini untuk ahli keluarga kita bersama.





0 sweet stalker comment
Mana Mak??
Wednesday, 10 April 2013 | 20:01





“Mana Mak??” Kisah Sedih Seorang Ibu Untuk Anak (Wajib Baca)
Sebuah cerpen pendek yang sesuai dibaca jika ada memang sayangkan ibu. Wajib baca! Cerpen ini walaupun pndek,tapi mmpu menyedarkan kita betapa seorang insan bernama ibu itu adalah insan pling sempurna dalam kehidupan kita.
Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”
“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

  • hargailah ibu ada jika da masih didunia. Doakan dia jika d sudah menghadap yng maha esa. Bagi yang ada ibu, sudah berapa lma anda tak telefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan seminit dua bertanya khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira.


  






0 sweet stalker comment


Older PostNewer Post
♥OWNER OF THIS BLOG♥

Assalamualaikum..hello freinds! my name Husna Izzati,just call me Husna..Student at Universiti teknikal malaysia melaka..i want make my parents proud with me..wish me to be an engineer one day ya =D ..my love quotes "jadikan dirimu umpama bunga di dalam balang, cantik dipandang tapi sukar di pegang"..that's all about me if you want to know more about me, just being my friend.. ^_^ welcome to my super awesome blog :)

♥LET'S TALK! =)♥



♥ TABUNG PTPTN =D ♥





♥ Let's join The Giveaway ♥


thankz for join the giveaway =)