Gua yang penuh dengan kilaun bintang
Monday, 24 June 2013 | 09:17
Pernahkah kita terfikir untuk berada di dalam sebuah gua yang gelap namun di langit gua tersebut terdapat berbutir-butir cahaya laksana bintang di angkasa? Atau persoalan lainnya pula; Kita semua telah biasa melihat bintang-bintang bersinar di langit pada malam hari, namun bagaimanakah untuk kita melihat bintang yang bersinar² di dalam tanah yang berrongga seperti gua?
Anda hanya mampu untuk melihat keajaiban itu apabila anda mempunyai kesempatan untuk datang ke Gua Waitomo Glowworm di New Zealand.


Gua ini terkenal di serata dunia dan menjadi daya tarikan pelancong baik pelancong tempatan mahupun dari luar negera. Hampir setiap pelancong yang ingin berkunjung ke New Zealand akan pasti memasukkan Gua Waitomo ke dalam senarai tempat kunjungan mereka di New Zealan





Disamping menikmati pemandangan yang menakjubkan di dalam gua berkenaan, para pelancong juga akan diberikan maklumat dan penjelasan tentang Sejarah dan Geologis gua tersebut oleh ketua kumpulan rombongan yang dilantik oleh syarikat Tour Guide bagi membawa pelancong melawat kawasan dalam gua terbabit. Tempoh sekali lawatan ke gua tersebut telah ditetapkan sekitar 45 minit. Anda akan dibawa masuk ke dalam Gua Glowworm yang spektakular dengan dekorasi gua yang megah dan batang batu kapur yang dikenali sebagai Tomo.
Pemandu pelancong anda juga akan memberikan maklumat yang menghiburkan disamping berkongsi cerita mengenai legenda kebudayaan dan keajaiban alam di gua terbabit.



ok..actually sebenarnya kilaun-kilaun bintang ni terhasil daripada sejenis ulat yang bercahaya dalam kegelapan atau nama latinnya adalah Arachanocampa luminosa yang terdiri dari spesies cacing yang unik yang wujud di New Zealand.
Ribuan daripada makhluk kecil ini mampu untuk memancarkan cahaya yang cukup terang di dalam gua berkenaan sehingga langit dan dinding gua tersebut kelihatan umpama terdapatnya jutaan bintang sepertimana di langit hitam bumi.


kat bawah ni adalah video Arachanocampa luminosa
yang ni pulak video gua tersebut..cantik sungguh kan??
subhanallah indah sungguh ciptaan allah 

0 sweet stalker comment
