jangan suka menghina..
Sunday, 17 March 2013 | 20:52

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu MalaysiaSiapa dekat sini tak pernah kena hina?
Angkat tangan! Ok, ada yang tak pernah kena hina
Siapa pula dekat sini suka menghina orang?
Angkat tangan!
Eh, tak payah.. Muhasabah sendiri

"Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat".
(Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Kenapa nak menghina kelemahan orang seolah-olah kita tiada kelemahan?
Luapakah kita apa yang Allah kira untuk meninggikan darjat manusia disisiya
Atau adakah kita merasakan kita lebih layak menilai berbanding Allah
Nauzubillahimi zalik
La haula wala quwata illa billah
Kata-kata itu lebih tajam daripada pedang
Kawan-kawan,
Jagalah kata-kata kita
Dekat dunia mungkin kita dah bayar insurans
Tapi dekat akhirat tak ada insurans untuk selamatkan diri kita daripada dibakar api neraka
kadang2 Mungkin hinaan itu adalah hasil dari fitnah yang tidak pernah diselidik dahulu...
Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang kita hina,
Jangan menghina orang seolah-olah dia tu tak ada perasaan.
Jangan menghina orang seolah-olah dia tu tak ada perasaan.
Ingat, dia pun manusia juga.
Hinaan jangan dilemparkan kadang-kadang akan berpatah balik kepada kita.
sesiapapun pernah buat salah.Kita sesama Islam perlu memperingati.
''Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara''.
Husna Pernah rasa dihina.Setiap kata-kata hinaan tu tak boleh dilupakan dan takkan melupakan kerana pedihnya rasa dihina.Orang yang menghina tu ada sifat sombong mungkin,dia rasa dia paling hebat.Mula-mula terkejut sebab tak pernah sangka.Mungkin dia ''tension'' atau terpengaruh dengan orang yang menghasut dia kot.Tapi,tak kisahlah benda dah lepas. Setahun tahun lepas rasanya.Orang tu tak minta maaf pun,kalau ''dia'' terbaca semoga dia tak hina orang lain dah.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
''Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah''.
Apa perasaan anda andaikata suatu hari anda dihina,pasti sensitiviti anda akan tersentuh kan?Waktu tu jangan marah si penghina,mungkin itu balasan ''cash'' anda.
Kepada orang yang dihina tu
Bersabarlah..
Sebab, Husna ada hadiah untuk korang!
Hadiahnya ialah...

Di Dalam surah al-Hujurat (49) ayat 11 :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
Dalam surah tersebut ALLAH melarang orang untuk saling menghina.
Subhanallah ALLAH selalu memahami persaaan kita kan? ^_^ 

0 sweet stalker comment
