//Pink Is Sweet
Dunia hanya persingahan
Sunday, 24 March 2013 | 21:29



Sekadar pengkongsian untuk renungan semua….

Seharian berjalan, menikmati hidup ini. Pernahkah kita berfikir..apa yang telah kita lakukan dalam hidup ini? Sudah layakkah kita bergelar muslim atau muslimah yang sejati? Bukan muslim atau muslimah sekadar warisan.





Jika ya jawapan kalian, senaraikan amalan seharian anda. Adakah sekadar bangun diwaktu pagi, tunaikan solat subuh dan berakhir dengan solat isya’ sahaja? Atau..makan tika lapar dan tidur tatkala mengantuk?.

Dunia hanya persinggahan sementara. Ia Sebuah kepulauan kecil untuk kita kutip bekalan meneruskan hidup di tanah besar yang menjanjikan kehidupan abadi. Ada yang berhijrah saat ini..subhanaallah…ia sempat berhijrah sebelum nyawa dihujung halkum. Yang belum berhijrah? Bantulah ia..untuk sedar..untuk buka mata melihat dunia yang sebenar.




Sedarlah wahai sahabatku..

Kita sedang menghampiri dunia yang kekal. Dunia akhirat yang menjanjikan balasan dan hari penilaian amalan kita di dunia ini. Hari yang bakal kita bertemu allah dalam keadaan rumah kita syurga atau neraka.nauzubillah…hendaknya kita mendapat rumah syurga di SANA nanti. Tetapi cukupkah amalan kita untuk di bawa ke dunia abadi itu? Ya ALLAH…tak terjawap dan tak terdaya rasanya mengingati setiap amalanku. Cukupkah YA ALLAH amalanku?..

Muda atau tua tidak kira usia bakal dijemput allah juga. Seharusnya kita menghitung setiap saat masa kematian. KEMATIAN sedang mengejar kita wahai sahabat-sahabat. Sedarkah kita? Setiap langkah cepat atau lambat..kematian sedang menunggu. Tak terfikir perkara dunia jika kita lebih takutkan mati. Kematian tanpa diduga sering kita dengar setiap hari. Beberapa saat tadi sihat dan sesaat kemudian ajal menjemput pula.masyaallah…bagaimanakah keadaan kematian kita? Adakah dalam keadaan mulia atau dalam keadaan hina?..

Tanda-tanda kiamat kian jelas sahabat-sahabat. Peristiwa terdekat ialah tsunami di jepun yang menghancurkan 90% Negara terknologi tinggi itu. Allahu akbar,,,betapa besarnya kuasa allah. Walaupun jepun menyediakan alat pengesan tsunami tetapi kuasa allah lebih hebat dari kuasa manusia. Tanda peringatan allah itu jelas kepada kita supaya ingat amaraNYA. Ingat kuasa hebatNYA yang tidak sama kuasa manusia. Allahu akbar..allahu akbar..

Beringat-ingatlah wahai sahabat-sahabat, adik-adik serta pembaca. Kita bakal menghampiri garisan penamatnya. Semoga yang terbaik buat kita. Bersama amalan yang cukup, maka dapatlah kita menebus kupon pahala untuk pas masuk rumah syurga abadi kita di SANA.


credit : mujahidahkuis




1 sweet stalker comment


Older PostNewer Post
♥OWNER OF THIS BLOG♥

Assalamualaikum..hello freinds! my name Husna Izzati,just call me Husna..Student at Universiti teknikal malaysia melaka..i want make my parents proud with me..wish me to be an engineer one day ya =D ..my love quotes "jadikan dirimu umpama bunga di dalam balang, cantik dipandang tapi sukar di pegang"..that's all about me if you want to know more about me, just being my friend.. ^_^ welcome to my super awesome blog :)

♥LET'S TALK! =)♥



♥ TABUNG PTPTN =D ♥





♥ Let's join The Giveaway ♥


thankz for join the giveaway =)