//Pink Is Sweet
Mengapa Doa tidak dimakbulkan?
Monday, 18 February 2013 | 23:46




Pernah korang terfikir tak, setelah korang buat solat hajat berbulan-bulan disamping doa yang tak putus-putus...tapi doa yang korang mintak tu masih jugak tak jadi kenyataan. Kenapa ya, kenapa ? Aku nak kongsi 5 sebab kenapa doa kita tak makbul-makbul nih.

Baca lagi...

Firman Allah swt. Surah al-A’raaf ayat 55-56:Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.


Antara 5 sebab kenapa doa kita selalu tak makbul :
  • Tak kerjakan suruhan Allah -  Kita wajib buat segala suruhanNya, dan tinggalkan laranganNya. Banyak lagi perkara larangan yang masih aku buat dan buat dan buat, nampak sangat aku ni tak takut dengan pencipta aku, astaghfirullah apelah nasib aku nanti...
  • Tak amalkan isi Quran - Fahami dan hayati maksud Quran yang selalu kita baca tu. Even aku pun belum berjinak-jinak dengan terjemahan ni, aku baca Quran tapi tak tahu maksud tersirat...sedihnya... 
  • Tak buat sunnah Rasul - Kita selalu pertahankan yang kita cinta & kasih pada Rasulullah, tapi kita abaikan amalan yang dituntut oleh baginda. Part ni, aku masih lagi dalam proses nak belajar dan selami, korang tolong tegur aku kalau aku ada buat salah silap...kalau boleh dari terbukaknya mata di pagi hari sampai nak tdo, aku nak buat ape yang beliau dah buat... 
  • Nak ikut jugak ajakan syaitan - Hidup ikut hawa nafsu, dengan gembira tanpa rasa bersalah ikut jalan yang sesat. Aku juga masih lemah...selalu terhasut dengan tipu daya syaitonirojim ni, kalau aku terbuat gak, korang tolonglah selamatkan aku yer...
  • Bajet confirm masuk syurga - Walau beribu tahun pun kita diberi peluang untuk hidup, kita takkan berusaha untuk tingkatkan amalan kita dan tak bersedia langsung untuk mati. Aku cuba banyakkan amal jariah la mulai saat ni macam zikir ke, sedekah ke, senyuman ke, tapi kenapa lah susah sangat nak bangun buat solat sunat ni? - Sumber disini.

Ok, korang pulak macam mana? Doa korang selalu dimakbulkan ke tak...kalau korang buat perkara yang aku sebutkan kat atas ni, confirm doa susah nak makbul. Chow...




0 sweet stalker comment


Older PostNewer Post
♥OWNER OF THIS BLOG♥

Assalamualaikum..hello freinds! my name Husna Izzati,just call me Husna..Student at Universiti teknikal malaysia melaka..i want make my parents proud with me..wish me to be an engineer one day ya =D ..my love quotes "jadikan dirimu umpama bunga di dalam balang, cantik dipandang tapi sukar di pegang"..that's all about me if you want to know more about me, just being my friend.. ^_^ welcome to my super awesome blog :)

♥LET'S TALK! =)♥



♥ TABUNG PTPTN =D ♥





♥ Let's join The Giveaway ♥


thankz for join the giveaway =)