//Pink Is Sweet
NAMA DAN TINGKATAN NERAKA
Wednesday, 23 January 2013 | 04:23




Bukan hanya syurga yang memiliki tingkatan, tetapi neraka juga demikian. Neraka terdiri dari tujuh pintu. Keterangan itu telah disebutkan dalam banyak hadis yang dapat menambah pengetahuan kita. Jika neraka terdiri dari tujuh pintu, secara automatik ia terbahagi pada tujuh tingkat. Tiap-tiap tingkat dari neraka itu mempunyai satu pintu. Berikut nama-nama neraka menurut penjelasan al-Quran dan hadis.


1 Neraka Jahannam

    Jahannam ialah tingkat neraka yang posisinya berada paling atas. Nama ini juga digunakan untuk seluruh nama api neraka, bermula dari tingkatan yang paling atas hingga yang paling rendah. Di dalam al-Quran, dijelaskan mengenai calon penghuni Neraka Jahannam itu ialah seperti berikut:

a.Orang-orang derhaka, iaitu orang-orang yang senang melakukan dosa dan   kejahatan.

b.Para pengikut syaitan.

c.Orang yang mengikut hawa nafsunya.

d.Orang-orang yang mengumpulkan emas dan malas megeluarkan sedekah dan     zakat.

e.Orang-orang yang membangkang ajaran para rasul.

f.Orang-orang munafik.

g.Orang-orang yang tidak beriman kepada semua rukun iman (Kafir).

h.Orang-orang yang ingkar dari mensyukuri kurnia nikmat Allah S.W.T.

    Di Neraka Jahannam, terdapat Gunung Api Shu'uda yang Allah perintahkan orang kafir (Al-Walid bin Mughirah) untuk mendakinya. Hal ini sesuai dengan firman Allah yang terkandung dalam surah al-Mudaththir.
   
    Menurut riwayat Imam Ahmad, setiap kali orang kafir itu meletakkan tangan di atas gunung tersebut, maka tangannya akan terus hancur-lebur. Ketika diangkat, ia akan kembali ke bentuk asalnya. Dia akan menghabiskan masa selama 70 tahun untuk mendakinya dan menuruninya selama 70 tahun juga.
   
    Di Neraka Jahannam juga terdapat lembah yang dialiri nanah bercampur darah dari para penghuni neraka. Lembah tersebur dikenali dengan nama Al-Ghayy. Lembah ini disediakan oleh Allah kepada mereka yang meremehkan solat dan mengikut syahwat.
   
    Terdapat pula lembah yang berisi ular dan kalajengking. Azab di dalamnya berlipat kali ganda. Lembah ini diperuntukkan bagi mereka yang berbuat syirik, berzina, dan membunuh nyawa tanpa hak. Lembah ini disebut Atsam sebagaimana difirmankan dalam surah al-Furqan ayat 68.
   
    Juga terdapat Lembah Mauqiba yang berisi nanah di dalam Neraka Jahannam. Allah menyediakannya untuk para penyembah berhala. Hal ini terdapat dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 51-52.
   
    Ada juga sebuah rumah bernama Al-Falaq. Ibnu Rajab menyatakan jika pintunya dibuka, maka seluruh penduduk neraka akan menjerit kerana tidak mampu menahan panasnya.
   
    Di Jahannam juga terdapat Penjara Bulas di mana orang-orang yang menyombangkan diri akan digiring seperti semut-semut kecil berbentuk manusia. Mereka diselimuti dengan kobaran api dan terbenam dalam peluh dan nanah yang bercampur darah penduduk neraka (HR Ahmad).

    Di dalam Jahannam juga terdapat gari-gari. Ada tida gari di dalamnya.

a. Al-aghlal iaitu gari dari besi membara yang dipasang di leher penduduk neraka. Hal ini sesuai dengan isi al-Quran dalam surah Saba'    ayat 33.

b. Al-ashfad iaitu tali api yang sangat kuat sehingga membuatkan seseorang itu tidak berdaya. Keterangan lebih jelas dapat kita temui    dalam surah Ibrahim ayat 49.

c. As-salasil iaitu rantai besi yang panjangnya 70 hasta. Sementara untuk kategori yang ketiga ini dapat kita temui dalam surah al-Haqqah    ayat 32.

    Antara cemeti yang terdapat di dalam Jahannam ialah cemeti-cemeti yang terdiri dari besi.


2  Neraka Luza

    Tingkat kedua ialah Neraka Luza. Neraka ini diperuntukkan bagi orang-orang yang mendustakan agama dan berpaling dari ajaran Allah dan Rasul-Nya.
   
    Antara para penghuni neraka yang berada di tingkat kedua ini ialah orang-orang yang juga termasuk dalam kategori pertama. Neraka ini dihuni oleh orang-orang yang senang mengumpulkan harta benda dan menyimpannya, sementara harta tersebut dibiarkan dan tidak dibelanjakan di jalan Allah S.W.T.


3  Neraka Huthamah
   
    Bagi orang yang lalai dalam mengerjakan perintah atau sengaja meninggalkannya, maka neraka inilah tempatnya. Kelalaian mereka disebabkan oleh pengaruh harta dan kekayaan dunia. Mereka menjadi enggan dan tidak memperhatikan akan hal itu dan menganggap perintah Allah S.W.T. tidak penting. Boleh dikatakan mereka lalai kerana dibutakan oleh kenikmatan duniawi dan harta yang melimpah-ruah.

    Dengan demikian, orang dalam kategori ini akan mendapat balasan yang setimpal. Bahkan harta yang mereka miliki adalah termasuk harta yang membuatnya derhaka. Harta yang seperti itu ialah harta tidak berkah dan justeru merugikan pemiliknya baik di dunia mahupun di akhirat.

    Para penghuni neraka ini sudah jelas. Bahkan, di dalam al-Quran telah dijelaskan secara terperinci dan tegas bahawa orang-orang yang bakal menjadi penghuni neraka ini adalah seperti berikut:

a. Orang-orang yang selalu mencaci dan mengumpat orang lain.

b. Orang-orang yang mengumpul harta benda dan menjadikan dirinya bersifat bakhil atau kikir.


4  Neraka Sa'ir

    Neraka tingkat keempat ialah neraka orang-orang yang makan harta anak yatim. Dalam satu keterangan disebutkan bahawa penghuni neraka ini menjadi pekak, buta, dan kulit mereka tebal seperti Bukit Uhud.

    Selain yang telah disebutkan di atas, calon penghuni neraka yang keempat ini ialah berdasarkan keterangan dalam al-Quran dan hadis iaitu seperti berikut:

a. Orang yang mengingkari setiap yang datang atau diturunkan oleh Allah.

b. Orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

c. Orang yang terpedaya dengan kehidupan duniawi dan terlena dengan godaan syaitan.


5  Neraka Saqar

    Bagaimana dengan Neraka Saqar? Neraka ini dihuni oleh orang-orang yang meninggalkan solat. Selain itu, orang-orang enggan memberi makan kepada fakir miskin, orang-orang yang percaya pada yang bersifat tahyul, dan orang-orang yang tidak percaya pada hari akhirat.

    Antara penghuni neraka yang kelima ini, selain yang disebutkan di atas adalah seperti berikut:

a. Orang-orang yang ingkar dalam urusannya kepada Allah S.W.T.

b. Orang-orang yang senang dalam membicarakan perkara-perkara yang batil.


6   Neraka Jahim

    Neraka yang keenam ialah Neraka Jahim. Biasanya neraka ini dihuni oleh orang-orang yang senang melanggar atau lazimnya pelaku dosa.Di dalam al-Quran dan hadis, dijelaskan orang-orang yang bakal menghuni Neraka Jahim adalah seperti berikut:

a. Orang-orang Islam yang berdosa.

b. Orang-orang yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah.

c. Orang-orang yang bersenang-senang dengan apa yang didapatkannya sementara dirinya tidak mahu membelanjakan hartanya di jalan Allah.

d. Orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Allah.

e. Orang-orang yang derhaka terhadap Allah.

f. Orang-orang yang berusaha mengejek atau menentang ayat-ayat Allah,dengan menentang para Nabi atau utusan-Nya.


7  Neraka Hawiyah

    Neraka ini terletak di bawah sekali atau yang sering disebut sebagai kerak neraka. Inilah neraka tingkat ketujuh. Neraka ini dijadikan tempat bagi orang-orang yang paling besar dosanya, termasuk juga di dalamnya orang-orang yang munafik. Orang-orang munafik sangat tinggi kekafirannya.

http://1.bp.blogspot.com/-VXtDQxB2FAM/TdoIFAN0U9I/AAAAAAAABKs/VyYEwH014zQ/s400/2.jpg


sumber : http://www.cloudboy93.my/2013/01/nama-dan-tingkatan-neraka.html




0 sweet stalker comment


Older PostNewer Post
♥OWNER OF THIS BLOG♥

Assalamualaikum..hello freinds! my name Husna Izzati,just call me Husna..Student at Universiti teknikal malaysia melaka..i want make my parents proud with me..wish me to be an engineer one day ya =D ..my love quotes "jadikan dirimu umpama bunga di dalam balang, cantik dipandang tapi sukar di pegang"..that's all about me if you want to know more about me, just being my friend.. ^_^ welcome to my super awesome blog :)

♥LET'S TALK! =)♥



♥ TABUNG PTPTN =D ♥





♥ Let's join The Giveaway ♥


thankz for join the giveaway =)