//Pink Is Sweet
Jangan Pernah Jauh Dari ALLAH...
Monday, 28 January 2013 | 08:24




Dengan merendahkan diri dan jiwa, pandanglah ke langit. Adakah terasa ALLAh begitu jauh? Tidak. ALLAh tidak pernah jauh! Jangan pernah merasa jauh daripada Allah, kerana Allah ada dekat dengan kita. Dia selalu mengawasi kita.



"Ya Allaaaaaaaaaah...sakitnya! Kenapa Kau bagi aku ujian dan kesakitan yang tak mampu aku tanggung?"

Bagitulah remuk sekali hati apabila setiap kali ujian datang menimpa. Air mata mengalir deras sebagai tanda lemahnya seorang hamba. Kesakitan itu bagai tiada noktahnya seringkali menduga iman.

Terasa bagai Allah tidak mendengar rintihannya.
Terasa seolah-olah Allah benci kepada Dia.
Terasa Allah meluat dan jemu mendengar doanya
Dia hampir putus asa.



MENGAJUK DENGAN ALLAH

Ya. Itulah manusia. Manusia tidak pernah lepas daripada ujian yang bertimpa-timpa. Datangnya tidak diundang, perginya tidak diusir. Bisikan-bisikan syaitan menjadi peneman setia menghasut dan mengajar cara-cara "mengajuk" dengan Allah. Memprotes untuk tidak bersangka baik dengan Allah.

Sudah tidak rajin berdoa kerana menganggap Allah tidak mahu atau sudah jemu mendengar. Merasakan segala ibadat yang dilakukan adalah sia-sia.

Manusia adakalanya merasakan bahawa Tuhan itu jauh. Sangat jauh.

Tuhan jauh kata mereka. Kononnya kerana Tuhan tidak menolong mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Mereka dibiarkan terkapai-kapai dalam menghadapi dugaan yang ada. Tipikalnya, manusia hanya akan berasa Tuhan itu dekat atau jauh apabila dilanda masalah yang membuatkan manusia termangu-mangu.

"Ah!!! Sama sahaja aku solat ke tak. Sama sahaja aku doa ke tak. Lihatlah kehidupanku. Miskin, tak pernah yang kaya. Bermacam-macam masalah menimpa aku. Tuhan dah tak sayang kat aku!" 

Begitulah manusia. Cepat sahaja menuding jari kepada yang lain sebelum menuding jari kepada diri sendiri. Peliknya, apabila dilanda masalah, tidak ada manusia akan berkata kepada diri sendiri betapa selama ini dia jauh daripada Tuhan. Tidak ada manusia berkata selama ini betapa banyak kewajiban dan suruhan ALLAh Ta’ala yang tidak pernah dikerjakannya.





SIAPA YANG JAUH SEBENARNYA?

Kenapa ada diantara kita merasa Tuhan itu jauh? Sebenarnya, itu adalah kerana manusia yang menjauh. Apabila hati manusia tidak diisi dengan perkara-perkara yang mengingatkan kepadaNya, maka hati manusia akan kosong daripada sentuhanNya. Lalu, mulai saat itulah manusia yang masih tidak membuka mata hati mengatakan yang Tuhan itu jauh.

Walhal, Tuhan itu sentiasa dekat!

Kenapa ada diantara manusia yang dengan tiada rasa bersalah sedikitpun dalam benaknya meninggalkan solat. Sudahlah meninggalkan solat, mengucap istighfar dan apatah lagi berdoa sangat jarang.

Kerana dia merasa Allah itu sangat jauh, maka itulah tetapan mindanya!

Ini bukan soal Allah itu jauh sebenarnya. Sebenarnya masalah itu adalah pada manusia itu sendiri. Kurang membuatkan diri tersentuh dengan perkara yang berkaitan dengan-Nya. Kurang atau tidak pernah memohon ampun merendahkan diri dengan sujud kepada-Nya.

Hati yang kotor dengan perbuatan tuan badan sendiri akan mengakibatkan cahaya hidayah tidak dapat menyentuh hati. Apalagi untuk memasukinya. Dek kerana kotoran didalam hati itu, maka tiada ruang lagi hidayah untuk bermukim. Memang betul, yang memberikan hidayah kepada Allah SWT itu adalah seseorang. Dan insyaAllah, Allah akan memberikan kepada orang-orang yang berusaha untuk itu.

Mungkin juga kerana manusia itu hanya melihat dunia ini sebagai dirinya sahaja tanpa mengaitkan setiap satu yang dapat ditangkap oleh pandangan matanya berkait rapat dengan Allah. Yup! Memang sangat berkait! Kerana Allah itu adalah Pencipta, dan manusia serta apa yang wujud itu adalah ciptaanNya!





SAHABATKU, ALLAH TIDAK PERNAH MENJAUH

Setiap helaan nafas, setiap kelipan mata, dan setiap gerakan langkah yang tercipta, apakah manusia boleh menafikan bahawa Allah itu jauh. Kalau tidak kerana Allah yang mengizinkan semua itu terjadi, adakah manusia akan dapat bergerak dengan sendirinya?

Sahabatku yang disayangi kerana Allah, cuba tanya pada diri.

Pernah merasa Allah itu jauh?

Saya tidak malu mengaku bahawa saya pernah. Disaat itu, ujian datang bertubi-tubi. Saya berasa sangat lemah dan tidak berdaya untuk menerima takdirnya. Dia seperti memberi "isyarat" atau memperkenalkan saya saat yang sangat hampir dengan kematian. Nyawa seakan-akan mahu melayang ketika itu. Hanya mampu mengucap dan terus mengucap untuk kembali waras dan berfikir sedalam-dalamnya mengapa Allah menguji iman yang sedangkal ini.

Saya sangat bersyukur apabila Allah menunjukkan kebesaranNya untuk menggerakkan langkah saya ke surau.  Menangis tidak berhenti-henti. Akibat perasaan rindu kepada rumah Allah yang mencengkam jiwa tiba-tiba, langkah dilajukan dengan wajah penuh berharap. Mendambakan perhatian daripada seseorang dan menagih cinta yang pasti.

Disana, ketenangan..kedamaian ditemui.........

Dan yang paling penting, saya temui suatu jawapan. Jawapan kesedaran!

Sungguh, Allah swt tidak pernah jauh. Selagimana manusia melembutkan hati dan memandang semua kejadian itu adalah hidayah dan hikmah daripada Allah. Kerana memang itulah hakikatnya.

“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya.” – Qaf : 16
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” – al-Baqarah : 186

Itu kenyataan dan perkhabaran dari Allah, bahawa sesungguhnya Dia sangat dekat!

Dan sekali lagi, masalahnya sebenarnya terletak pada hati manusia itu sendiri. Kenapa apabila ditimpa masalah, justeru merasa bahawa Allah itu tidak adil dan jauh? Sedangkan para pejuang agama dan para Rasul dan Nabi terdahulu diuji dengan hebat. Mereka itu lebih baik lebih mulia daripada kita.

Mengapa ringan sahaja bibir mengukir bicara bahawa kita sangat yakin menuturkan rasa cinta kepada Allah dan RasulNya, tetapi apabila ditimpa suatu musibah. Maka ukiran di bibir dan yang terbuku di hati sangat berbeza. Jadi, di manakah buktirnya kata-kata yang seindah itu? Yang di mana kata-kata yang kita tuturkan itu mampu menggugah perasaan manusia lain.

Hati benar menjadi malu tatkala membaca firman Allah ini :

“Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang dengan pelbagai cubaan. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, ‘Bilakah datangnya pertolongan ALLAh?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAh itu sangat dekat.” – al Baqarah : 214

Kita memang cepat melatah, kan?
Sudahlah cepat melatah, jarang bersyukur lagi.
Dan itu pun Allah pernah rakamkan di dalam alQuran,

“..Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang bersyukur.” – Saba’ : 13

Hati, jangan pernah merasakan Alllah itu jauh. Sebaliknya, berilah dorongan dan motivasi kepada diri sendiri dan katakan bahawa memang diri kitalah yang semakin jauh dari Allah. Dis aat merasakan perkara itu, maka mohonlah keampunan dari Dia. Moga kita dikuatkan olehNya.

Hidup itu tak pernah jauh dari Allah, dan jangan pernah jauh dari Allah, maka kau akan hidup. dan Allah merancang setiap milik dari kita dan hidup kita dengan begitu sempurna hanya untuk membuktikan bahwa hidup itu ladang ujian untuk kita, baik dari jiwa, raga, orang tua, saudara, kekasih, teman dan barang-barang kesayangan kita. Semua sudah direncanakan Allah dengan detail. 
Pernahkan kita merenung sesaat, untuk membuka keenam pancaindera kita, untuk menangkap apakah hikmah dari setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan ini, bahawa hidup di dunia hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Kita adalah pelakon, skripnya 

Berpesanlah pada diri :
1. tabahkan hati kuatkan semangat
2. kukuhkan iman banyakkan zikrullah
3. jangan mengeluh jangan kecewa

Sesunguhnya, Allah sentiasa bersama kita.


 “Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.Ameen....."


Benar.
Aku harus terus melangkah
Membuka mata melihat dunia
Mengambil manfaat dan ibrah
Dan memandang sebagai bekal di akhirat sana




0 sweet stalker comment


Older PostNewer Post
♥OWNER OF THIS BLOG♥

Assalamualaikum..hello freinds! my name Husna Izzati,just call me Husna..Student at Universiti teknikal malaysia melaka..i want make my parents proud with me..wish me to be an engineer one day ya =D ..my love quotes "jadikan dirimu umpama bunga di dalam balang, cantik dipandang tapi sukar di pegang"..that's all about me if you want to know more about me, just being my friend.. ^_^ welcome to my super awesome blog :)

♥LET'S TALK! =)♥



♥ TABUNG PTPTN =D ♥





♥ Let's join The Giveaway ♥


thankz for join the giveaway =)