Kenapa suka bermuka-muka??
Thursday, 28 June 2012 | 07:17
Awas jika anda seorang pemilik talam atau seorang peminat kuih talam kerana anda mungkin akan mempunyai dua muka.Oppss abaikan je itu sekadar gimik mukadimah tentang talam.Tapi bila sebut pasal talam anda pasti teringat pasal talam dua muka.
apa itu bermuka-muka?bermuka-muka tu ialah satu sikap buruk di mana, orang yang memiliki sikap bermuka-muka ni, di depan kita pijak semut pon xmati, tapi belakang kita bapak gajah pon dipijak boleh mati...orang bermuka-muka ni selalunya depan kita kemain manis lagi bercakap mengalah kan manisnya kuih talam tapi bila belakang tikam kita sampai hancur. Tak sempat mengelak dah.Orang seperti ini adalah sangat bahaya jika di buat kawan

senang cerita,kita kene berhati-hati dengan golongan bermuka-muka ni, sebab mereka menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging, talam dua muka, gergaji dua mata, lidah dua bercabang, seperti sesumpah atau dalam bahasa Arabnya ia mudah dikenali sebagai munafiq. Been reading from somewhere about this issue. Sedangkan ia juga terjadi pada Rasulullah S.A.W apa la lagi pada kita manusia biasa ni.
"Nabi S.A.W pernah memberikan peringatan kepada umatnya yang berjuang tentang kewujudan makhluk ini sebagaimana maksudnya,"Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya".
bahaya berkawan ngan orang macam ni. orang macam ni kita harus elakkan dari terus berkawan dengannya tapi kalau xde sape nk kawan ngan die, sape plak nk betulkan die kan...kekadang terfikir jugak kenapa ada manusia macam ni? kenapa mesti ada sikap dan perangai bermuka-muka ni dalam diri orang yang suka bermuka-muka ni? bila difikirkan semula, bila wujudnya orang yang suka bermuka-muka ni, secara tak langsung kedamaian dan ketenteraman manusia yang tercipta akan terhakis dan akhirnya tercetuslah permusuhan dan pergaduhan.
untuk apa memiliki sikap bermuka-muka? xde faedah pon bersikap bermuka-muka ni.
dari jadi talam dua muka, lebih baik beli talam kat pasar raya tu,hadiahkan kat mak lagi bagus,dapat gak pahala..
Jadi dalam bersahabat biarlah jujur.Saling faham memahami.Jika ada yang tak puashati cakap depan depan.Jangan bikin cerita sana sini nanti cerita di sensasikan hati pun susah.


Jadi dalam bersahabat biarlah jujur.Saling faham memahami.Jika ada yang tak puashati cakap depan depan.Jangan bikin cerita sana sini nanti cerita di sensasikan hati pun susah.

3 sweet stalker comment
